Memaparkan catatan dengan label selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selangor. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Jun 2012

Mari kite kerja bersungguh-sungguh

Hari nie dah masuk 2 June.Pejam celik kejap jer masa berlalu. Dah 2 bulan rupanyer salun rambut aku beroperasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar.Terima kasih Ya Allah. Kalu di ingat balik rasa macam baru je semalam duk sibuk mengecat BLOW HAIR STUDIO. Penat pon tak habis lagi. hehe.. Kedai yang aku sewa tu dulu asalnyer kedai yang ajar orang memasak.Dah 5 tahun diorang sewa kat situ.So korang boleh bayangkan lah betapa banyak keje aku nak buat time mula-mula nak masuk kedai tuh.Dengan siling nyer hitam.. dinding nyer berminyak sampai 5 inci and toilet die... tak terkata..Hazab sangat okeh. Gigih aku menyental semua tu.Aku nak tunjuk kat korang semua rupa sebelum and selepas. Korang layan lah yer...


sebelum kerja menyental bermula



Kotoran degil hilang.

Haaaahhh..!!!Berkat kesabaran aku dan support dari family & kawan-kawan. Aku mengambil masa dalam sebulan lebih nak siapkan semua nie. Lama jugak kan.Yelah time tu aku duk kerja lagi tungang tungik kat HAIRVEN.Salun rambut kat dalam Alamanda tuh.Oppss.. tertulis plak.. hihi. Lepas balik keje dalam kul 8.30 mlm tu aku bergegas lak dari Alamanda ke Bangi. Buat keje mengecat,mengemas,mencuci kedai dan macam-macam lagi lah. Sebab tu lah aku ambik masa sampi sebulan lebih nak siapkan BLOW HAIR STUDIO. Ape pn aku puas hati sangat-sangat.Akhirnya impian aku nak bukak kedai tercapai.Sekarang masa untuk bekerja bersungguh-sungguh. Ya Allah kuatkan semangat aku.Hanya padamu aku berserah. Amin.

Sabtu, 19 Mei 2012

Di sini bermula...

Hem..dekat sejam kot aku duk tenung laptop aku nie. Otak dah berkarat kot. Aper lah nak tulis nie. Maklum lah first time ada blog sepanjang hidup.Nervous gitu..Actually blog ini ditulis khas untuk menceritakan pasal salun rambut kitorg iaitu BLOW HAIR STUDIO yang mula beroperasi bulan lepas.Kat mana salun kitorg nie?? Haa meh nak citrer..Lokasi salun kami nie kat Bandar Baru Bangi Seksyen 9. Secara spesifiknyer kat atas kedai kereta NISSAN.Biasanyer kalu kitorg sebut jer kedai kereta NISSAN tu, orang dah boleh agak dah.Lepas tu kat situ ada Domino's pizza, Ayamas,Yummy dan bla..bla..bla.. Tak payah la nak sebut semua nama kedai yang ada kat situ kan..




signboard


Nampak tak signboard kitorg tu.Cinonet jer kan.. hehe.. Ada cerita disebalik signboard tu tau.Sakit jiwa kalu teringat balik.Lain kali lah kitorg ceritakan yer.Sekarang kite cerita pasal servis yang ditawarkan.Dah nama pon salun rambut of coz lah orang datang untuk potong rambut kan.Takkan nak datang untuk memasak pulak yer.So selain dari servis yang basic seperti rebonding,perming,relaxing,highlight & colour korang boleh juga datang untuk buat hair treatment.Ada banyak jenis hair treatment ok!


HAIR TREATMENT
  • Normal
  • Collagen
  • Spa treatment
  • Iron treatment

SCALP TREATMENT
  • hair loss
  • dandruff
  • tonic

Produk-produk yang kami gunakan pula of coz lah yang bermutu tinggi & meletop iaitu SCHWARZKOPF.Yang penting wangi sangat.I LIKE!

Jadi sempena pembukaan BLOW HAIR STUDIO, kami mengadakan promosi yang hebat.Tapi.... tapi....
promosi tu sampai 1st June jer tau.So korang kene cepat2 pegi sebelum terlambat.Kalu boleh buat appointment sebelum datang so takdelah berjanggut korang kene tunggu.