Memaparkan catatan dengan label salun rambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salun rambut. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2012

VCO Catalyst - Minyak kelapa dara

Korang semua pernah dengar pasal Minyak Kelapa Dara?? Actually aku baru jer tau pasal produk nie lepas sorang member aku beria-ria duk promote. Die mintak tolong aku letak produk die nie kat BLOW HAIR STUDIO.Aku cakap kat die awal-awal aku nie jenis tak reti nak promote barang.Dah lah aku tak guna pastu nak promote pulak kan.Macam menipu orang je rasa. Tapi die duk cite lah penuh semulut betapa bagusnyer produk nie untuk kulit kite. Meh aku tunjuk rupa VCO tu yer.

 

VCO Catalyst


Minyak kelapa dara nie actually bukan lah ubat ke haper tapi sejenis supplement and diperbuat 100% dari organik.Maksudnya minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba & kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah, dapat membawa kemudaratan kepada manusia yang memakainya.

Sebelum aku setuju untuk letak produk tu kat BLOW HAIR STUDIO , aku cakap kat member aku tu aku nak cuba pakai sendiri.Untuk pengetahuan semua, muka aku memang takde jerawat TETAPI sangat lah kering sampai nampak kusam. So lepas aku consume VCO nie selama 4 hari tetiba je ada customer aku tanye aku pakai produk aper kat muke sebab nampak glowing and moist je muke. Erkkk... berkesankah VCO tu??? hehehhe... so sampai skarang aku still amalkan pakai VCO. Dan nak masuk 2 minggu dah skarang.  Tak caye? datanglah ke BLOW HAIR STUDIO. 



KHASIAT & FUNGSI VCO CATALYST

Untuk Kegunaan luaran:
1.Dapat membantu mengurangkan berat badan
2.Bagus untuk masalah jerawat dan jeragat serta menhilangkan parut-parut lama
3.Mengatasi masalah kulit berminyak
4.Menambahkan tenaga dan sentiasa kelihatan segar
5.Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit

Untuk kegunaan dalaman:
1.Melegakan pernafasan
2.Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
3.Mengurangkan keadaan mudah lapar
4.Menccegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol yang tinggi
5.Melancarkan kitaran haid dan menyeimbangkan hormon
6.Memperbaiki penernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
7.Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri


Pada yang berminat untuk dapatkan VCO Catalyst boleh datang ke BLOW HAIR STUDIO.
Untuk penghantaran boleh jugak dilakukan.Tapi sekitar Bangi & Putrajaya saja yer and pembelian lebih dari 1 kotak baru akan dilayan. So please call for COD. 019-308 5896

Jumaat, 1 Jun 2012

Mari kite kerja bersungguh-sungguh

Hari nie dah masuk 2 June.Pejam celik kejap jer masa berlalu. Dah 2 bulan rupanyer salun rambut aku beroperasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar.Terima kasih Ya Allah. Kalu di ingat balik rasa macam baru je semalam duk sibuk mengecat BLOW HAIR STUDIO. Penat pon tak habis lagi. hehe.. Kedai yang aku sewa tu dulu asalnyer kedai yang ajar orang memasak.Dah 5 tahun diorang sewa kat situ.So korang boleh bayangkan lah betapa banyak keje aku nak buat time mula-mula nak masuk kedai tuh.Dengan siling nyer hitam.. dinding nyer berminyak sampai 5 inci and toilet die... tak terkata..Hazab sangat okeh. Gigih aku menyental semua tu.Aku nak tunjuk kat korang semua rupa sebelum and selepas. Korang layan lah yer...


sebelum kerja menyental bermula



Kotoran degil hilang.

Haaaahhh..!!!Berkat kesabaran aku dan support dari family & kawan-kawan. Aku mengambil masa dalam sebulan lebih nak siapkan semua nie. Lama jugak kan.Yelah time tu aku duk kerja lagi tungang tungik kat HAIRVEN.Salun rambut kat dalam Alamanda tuh.Oppss.. tertulis plak.. hihi. Lepas balik keje dalam kul 8.30 mlm tu aku bergegas lak dari Alamanda ke Bangi. Buat keje mengecat,mengemas,mencuci kedai dan macam-macam lagi lah. Sebab tu lah aku ambik masa sampi sebulan lebih nak siapkan BLOW HAIR STUDIO. Ape pn aku puas hati sangat-sangat.Akhirnya impian aku nak bukak kedai tercapai.Sekarang masa untuk bekerja bersungguh-sungguh. Ya Allah kuatkan semangat aku.Hanya padamu aku berserah. Amin.

Sabtu, 19 Mei 2012

Di sini bermula...

Hem..dekat sejam kot aku duk tenung laptop aku nie. Otak dah berkarat kot. Aper lah nak tulis nie. Maklum lah first time ada blog sepanjang hidup.Nervous gitu..Actually blog ini ditulis khas untuk menceritakan pasal salun rambut kitorg iaitu BLOW HAIR STUDIO yang mula beroperasi bulan lepas.Kat mana salun kitorg nie?? Haa meh nak citrer..Lokasi salun kami nie kat Bandar Baru Bangi Seksyen 9. Secara spesifiknyer kat atas kedai kereta NISSAN.Biasanyer kalu kitorg sebut jer kedai kereta NISSAN tu, orang dah boleh agak dah.Lepas tu kat situ ada Domino's pizza, Ayamas,Yummy dan bla..bla..bla.. Tak payah la nak sebut semua nama kedai yang ada kat situ kan..




signboard


Nampak tak signboard kitorg tu.Cinonet jer kan.. hehe.. Ada cerita disebalik signboard tu tau.Sakit jiwa kalu teringat balik.Lain kali lah kitorg ceritakan yer.Sekarang kite cerita pasal servis yang ditawarkan.Dah nama pon salun rambut of coz lah orang datang untuk potong rambut kan.Takkan nak datang untuk memasak pulak yer.So selain dari servis yang basic seperti rebonding,perming,relaxing,highlight & colour korang boleh juga datang untuk buat hair treatment.Ada banyak jenis hair treatment ok!


HAIR TREATMENT
  • Normal
  • Collagen
  • Spa treatment
  • Iron treatment

SCALP TREATMENT
  • hair loss
  • dandruff
  • tonic

Produk-produk yang kami gunakan pula of coz lah yang bermutu tinggi & meletop iaitu SCHWARZKOPF.Yang penting wangi sangat.I LIKE!

Jadi sempena pembukaan BLOW HAIR STUDIO, kami mengadakan promosi yang hebat.Tapi.... tapi....
promosi tu sampai 1st June jer tau.So korang kene cepat2 pegi sebelum terlambat.Kalu boleh buat appointment sebelum datang so takdelah berjanggut korang kene tunggu.